CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

FOLLOWERS


Monday, January 3, 2011

Surat khas untu para isteri dan teman wanita menjelang Piala Dunia 2010

Ke hadapan,
Isteriku / Buah hatiku/ Teman wanitaku yang dikasihi,

1.   Dari tarikh 11 Jun – 11 Julai 2010, sayang perlu membaca bahagian sukan dalam mana-mana akhbar supaya sayang akan sedar tentang hal ehwal yang berkaitan dengan Dunia Bola Sepak, dan supaya sayang boleh mencelah di dalam mana-mana perbualan. Jika sayang gagal lakukannya, sayang akan dipandang semacam jer dan tidak akan diendahkan langsung. JANGAN komplen jika sayang tak mendapat perhatian secukupnya.

2.   Semasa berlangsungnya Piala Dunia, tv akan menjadi milik abang sepenuh masa, tanpa ada pengecualian. Jika sayang (walau sedikitpun) menjeling pada ‘remote control’, berjaga-jagalah kerana sayang akan menerima balasannya.
3.   Jika sayang perlu berjalan di depan tv semasa perlawanan tengah berlangsung, abang tak kisah … selagi sayang merangkak di atas lantai tanpa mengeluarkan walau sedikit bunyi pun dan jangan mengganggu tumpuan abang.

4.   Semasa perlawanan berlangsung, abang akan jadi buta, pekak dan bisu, kecuali jika abang mahukan air atau sesuatu untuk dimakan. Jangan harap abang akan mendengar kata-kata sayang, jawab telefon, menyidai baju atau mengambil baby kita yang sedang bergolek di atas lantai kerana… ia TAK AKAN berlaku.

5.   Abang akan sangat2 berterima kasih jika sayang dapat menyimpan bermacam-macam makanan di dalam peti sejuk pada setiap masa supaya abang dapat kunyah semasa menonton perlawanan nanti. Sebagai balasannya, sayang akan dibenarkan menonton tv di antara jam 12 pagi hingga 6 pagi, melainkan jika perlawanan yang abang ter’lepas’ ditayangkan semula pada waktu tersebut.

6.   Tolong, tolong dan tolong! Jika sayang nampak abang sedih kerana pasukan favourite abang kalah, JANGAN sekali-kali mengatakan, “ia hanyalah perlawanan, janganlah emosional sangat abang nie,” ataupun, “jangan risau la bang, mereka akan menang lain kali”. Jika sayang menyebutnya jugak, abang akan menjadi bertambah berang dan cinta abang pada sayang akan pudar. Ingatlah bahawa sayang tak akan tahu pasal bola sepak nie lebih banyak dari abang, oleh itu kata-kata ‘galakan’ sayang itu hanya akan menyebabkan rumahtangga kita berantakan.

7.   Sayang dialu-alukan untuk duduk bersama-sama dengan abang untuk menonton satu perlawanan bola dan sayang bolehlah bercakap dengan abang semasa ‘half-time’ TETAPI hanya bila iklan disiarkan, dan HANYA jika keputusan separuh masa itu menggembirakan hati abang. Sebagai tambahan, abang hanya kata SATU game saje, so jangan pulak sayang silap faham dan menganggap Piala Dunia nie satu alasan untuk kita ‘meluangkan masa bersama-sama”.

8.   Siaran ulangan semasa menyumbat gol adalah SANGAT penting. Abang tak kisah jika abang dah tengok atau belum tengok lagi perlawanan tersebut, yang PENTINGnya abang nak tengok banyak –banyak kali.

9.   Cakap kat kawan-kawan sayang supaya jangan melangsungkan apa-apa kenduri atau majlis yang memerlukan kehadiran abang kerana :
a)      Abang tak akan pergi,
b)      Abang tak akan pergi, dan
c)       Abang tak akan pergi.

10.   Tapi jika ada kawan abang mengajak kita ke rumahnya untuk menonton perlawanan bola, kita akan pergi secepat kilat!

11.   Sorotan harian Piala Dunia yang ditayangkan di tv pada setiap malam adalah sama pentingnya dengan perlawanan yang dimainkan. Jangan sekali-kali terfikir untuk kata, “tapi abang kan dah tengok yang ini … apa kata abang tukar ‘channel’ supaya kita semua boleh tengok siaran lain?” kerana untuk jawapannya “sila refer item no.2 dalam list nie”

12.   Dan akhir sekali, tolong jangan sebut ungkapan seperti “Nasib baik Piala Dunia nie hanya 4 tahun sekali”. Abang sudah imun dengan kata-kata itu kerana sebelum dan selepas Piala Dunia, akan muncul pulak Champions League, Premier Leagur, Italian League, Spanish League, KPL, FA Cup, Euro Cup, dll….hehe
P/S
Dan satu lagi, jika kereta ayang rosak di mana-mana jalan, tolong call Polis atau khidmat trak tunda yer.
Terima kasih atas kerjasama sayang.
drogba 


Perjanjian balas seterusnya:

Ke Hadapan Abang Tersayang,

1. Abg x perlu panggil sayang waktu nak minum air ke makan ke sebab pada masa ini sayang pon dah menjadi buta pekak dan bisu..dan abang x boleh marah jika pada saat dan ketika ini sayang juga tidak mengendahkan abang kerana Rasulullah suruh layan suami yang melayan baik isterinya sahaja…huhu..

2. Abang, abang boleh tengok bola sepuas hati abang sama ada waktu siaran live ke atau ulangan, sayang takkan ganggu …bila abang dah mengntuk abang boleh tidur sesuka hati abang walaupun abang tak terjaga nak ke tempat kerja sebab ayang tetap tidak akan mengganggu..baikkan hati sayang?? hehe….

3. Abang memang takkan mendengar kata-kata galakan dari sayang, jadi abang janganla risau…ayang cuma akan beri kata-kata kutukan saja sampai abang rasa nak pecahkan TV…ngeeee;p

4. Untuk pengetahuan abang memang sedara mara kita x ada sorang pon jemput kita datang rumah diorg untuk kenduri ke ape ke waktu ni sebab diorg yg akan datang ke rumah kita sebab tetiba sayang rasa nak buat majlis bacaan Yasin dan Solat Hajat beramai-ramai…mesti rumah tangga kita bertambah barokah…ngeeee;p

hha...klaka an???sena'e ny aq c0py cat je...at www.setelkahwin.com ..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

my sara